Penyakit Hepatitis

Apakah itu hepatitis ?

Hepatitis ialah radang yang berlaku pada hati (liver) yang disebabkan oleh jangkitan virus. Ada beberapa jenis hepatitis seperti jenis A, B, C, D dan E. Semuanya disebabkan oleh virus yang berbeza. Contohnya Hepatitis A disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai HAV virus.

Hepatitis A adalah jenis yang tidak merbahaya. Hepatitis A dan Hepatitis E selalunya tidak berlarutan hingga ke tahap yang kronik. Ini berbeza dengan Hepatitis B, C dan E yang lebih serius dan boleh menjadi kronik dan menyebabkan kanser.

Oleh itu Hepatitis A dan E selalunya tidak dirawat menggunakan ubat. Hepatitis B, C dan D yang lebih merbahaya boleh dirawat menggunakan ubat yang dinamakan interferon.

Bagaimanakah ia merebak ?

Hepatitis A dan E merebak melalui pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. 

Hepatitis B dan D pula boleh dijangkiti melalui darah yang tercemar (seperti perpindahan darah) dan hubungan kelamin. Pasangan pesakit hendaklah mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa hubungan seks di samping mendapatkan vaksin untuk menghalang penyakit tersebut daripada menjangkitinya. 

Hepatitis D hanya menjangkiti mereka yang telah terkena Hepatitis B. Hepatitis C dijangkiti melalui darah tercemar dan juga hubungan kelamin (tetapi ini lebih jarang berlaku berbanding Hepatitis B).

Hepatitis tidak merebak melalui cara-cara pergaulan biasa seperti berjabat tangan atau berpelukan. Oleh itu adalah selamat untuk bergaul dengan mereka.

Bolehkah ia dicegah ?

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat vaksin untuk menghalang Hepatitis B dan D. Begitu juga, ada vaksin yang boleh diambil untuk menghalang terjadinya Hepatitis A. Bagaimanapun setakat ini, tidak ada vaksin untuk menghalang Hepatitis C dan E.

Pesakit yang menghidap sesuatu jenis hepatitis tidak lali dengan jenis yang lain. Oleh itu pengambilan vaksin adalah penting. Pesakit yang menghidap Hepatitis C sangat digalakkan mengambil vaksin terhadap Hepatitis  A dan B.

Hati

Penyakit Hepatitis menyerang anggota badan ini. Hati adalah organ terbesar di dalam tubuh manusia. Sel-sel hati boleh 'regenerate'. Didapati sekiranya tiga per empat bahagian hati anda dibuang, baki yang tinggal iaitu satu per empat akan mengembang dan membentuk stuktur hati seperti asalnya selepas beberapa minggu.

Bagaimanapun sekiranya sel-sel hati menjadi teruk contohnya oleh kerana tekanan tugas yang berlebihan, ia akan rosak tanpa boleh dipulihkan kembali. Keadaan ini dinamakan cirrhosis. Sebagai contoh, pengambilan alkohol berlebihan akan menyebabkan sel-sel hati berkerja lebih masa (overtime) dan ini boleh menyumbang kepada berlakunya cirrhosis. Bila ini berlaku, hati tidak lagi boleh menjalankan fungsi-fungsinya secara berkesan.

Fungsi-fungsi hati

Fungsi utama hati ialah sebagai penapis. Hati menapis lebih daripada satu liter darah setiap minit. Ia bertindak membersihkan dan membuang toksin daripada bahan-bahan yang masuk ke dalam badan anda seperti melalui makanan dan sedutan / pernafasan.

 

Cirrhosis

Hati bolehlah dikatakan sebagai mesin di dalam badan anda. Malangnya selalunya tanda-tanda kerosakan pada hati tidak ditunjukkan kecualilah ia menjadi sangat teruk. Bila proses cirrhosis sudah berlaku, proses penapisan toksin tidak sempurna. Kesudahannya, toksin akan berkumpul di dalam badan. Toksin yang banyak di bahagian otak akan menyebabkan masalah-masalah seperti 'confusion'. Begitu juga, proses pembuangan ubat-ubatan yang diambil menjadi perlahan. Kesan-kesan sampingan pengambilan ubat boleh terjadi.

Antara kesan serius cirrhosis yang lain ialah tekanan darah tinggi (postural hypertension). Cirrhosis menyebabkan perjalanan darah dari usus ke hati menjadi perlahan. Ini menyebabkan saluran darah menjadi besar (expand) menyebabkan keadaan yang dinamakan varices atau varicose veins. Dinding saluran darah menjadi lebih nipis. Sekiranya cirrhosis menjadi lebih teruk, tekanan yang dikenakan kepada saluran darah ini meningkat. Ini boleh berakhir dengan saluran darah pecah dan berlaku pendarahan di dalam perut. Antara tanda-tandanya ialah muntah darah dan najis menjadi hitam (kerana ia telah bercampur dengan darah).
 

Tanda-tanda dan kesan-kesan daripada cirrhosis yang lain ialah :
 

bullet rasa lemah badan
bullet hilang selera makan
bullet pening dan muntah dan ini menyebabkan berat badan turun
bullet hati membengkak
bullet gatal badan disebabkan pengumpulan bile di dalam hati
bullet jaundice atau kuning pada bahagian kulit dan putih mata
bullet masalah berkaitan dengan perut seperti tidak hadam makanan, angin dan sembelit. Masalah tidak hadam lebih kerap berlaku selepas pengambilan makanan berlemak.
bullet air kencing gelap, najis menjadi cerah
bullet pembentukan batu karang kerana kekurangan bile di dalam gallbladder
bullet cecair berkumpul di dalam perut. Ini dikenali sebagai ascites
bullet cecair berkumpul di kaki. Ini dikenali sebagai oedema
bullet mudah berlaku bengkak dan pendarahan
bullet masalah berkaitan dengan haid


Tidak ada sebarang ubat yang boleh merawat cirrhosis. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan merawat tanda-tanda yang ada dan mengawal cirrhosis daripada menjadi lebih teruk. Contohnya pesakit akan diberikan ubat diuretik untuk membuang cecair berlebihan di dalam badan.
 

Hati dan pemakanan
 

bullet Pengambilan makanan yang baik dan seimbang dapat menolong hati berfungsi dengan baik. Pengambilan karbohidrat berlebihan boleh menyebabkan fungsi hati berkurangan dan pengumpulan lemak di dalam hati. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam hendaklah dikurangkan kerana ia menyumbangkan kepada ascites dan oedema (sila lihat di atas). Makanan laut yang tercemar memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan laut.
bullet Pengambilan vitamin-vitamin yang larut dalam lemak (A, D, E dan K) hendaklah dikawal. Vitamin A yang tinggi tidak dibenarkan kerana ia menyebabkan kerosakan pada hati. Sebaliknya ambil beta carotene yang lebih selamat. Beta carotene akan ditukar ke vitamin A di dalam badan bila badan memerlukannya.
bullet Alkohol merosakkan sel-sel hati. Pengambilan minuman yang mengandungi alkohol berserta dengan ubat-ubatan seperti paracetamol (Panadol) boleh menyebabkan kerosakan hati.
bullet Pengambilan herba hendaklah dibuat dengan berhati-hati. Walaupun kebanyakkan herba adalah selamat, ada herba-herba yang tidak boleh diambil oleh pesakit ini seperti scullcap (membantu tidur).
bullet Selain alkohol, air berkaffein hendaklah dijauhkan.
bullet Jangan ambil makanan yang mengandungi banyak bahan additive tiruan.
bullet Tambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
bullet Amalkan pengambilan green tea.
bullet Vitamin B kompleks terutamanya B12 dan asid folik membantu fungsi hati yang baik.
bullet Amalkan pengambilan selenium dan zink.
bullet Herba yang baik untuk diamalkan ialah milk thistle (silymarine), dandelion dan kunyit.