Apakah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFM)?

 

Sebagaimana namanya, penyakit HFM melibatkan tangan, kaki dan mulut seseorang pesakit. Ianya disebabkan oleh jangkitan virus dari kumpulan enterovirus yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak berumur 2 minggu hingga 5 tahun.

 

Virus ini merebak melalui kontak secara lansung (direct contact) dengan titisan atau lelehan yang dikeluarkan dari mulut / hidung / najis pesakit (fecal-oral route). Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan lansung dengan  lepuh kulit (blister) pesakit.

 

Seseorang yang dijangkiti virus ini akan merasa sakit selepas 3 hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan virus ini. Kebanyakan pesakit akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari.

 

    Apakah tanda dan gejala penyakit ini ?

 

 

Penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti mengalami demam selsema dengan ruam.

 

Diantara tanda-tanda jangkitan ini ialah :

 

bullet demam
bullet sakit kerongkong
bullet sakit kepala
bullet hilang selera makan
bullet ulser di tekak dan mulut
bullet ruam dengan lepuh (blister) di tapak tangan kaki dan kawasan lampin.

 

     Apakah komplikasinya ?

 

 

Seseorang yang dijangkiti virus ini akan merasai kesakitan selepas 3 hingga 5 hari setelah terdedah kepada virus ini. Kebanyakan pesakit akan sebuh sepenuhnya dalam masa beberapa hari. Tetapi di kalangan segelintir pesakit, penyakit ini boleh membawa maut setelah keadaan menjadi teruk di mana pesakit menjadi lemah, susah bernafas dan sentiasa kesejukan. Ini adalah akibat komplikasi. Jangkitan ini mungkin seperti sakit otot (miositis), bengkak hati dan inflamasi jantung (myocarditis) yang boleh menyebabkan maut terutamanya di kalangan kanak-kanak.

 

    Bagaimana virus ini merebak ?

 

 

Cara utama penyebarakan virus ini ialah pengambilan makanan dan minuman yang dicemar oleh najis pesakit (fecal-oral route). Pencemaran ini boleh terjadi melalui sentuhan tangan yang memindahkan virus dari najis kepada makanan dan minuman. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan udara / lelehan yang dikeluarkan dari mulut atau hidung pesakit apabial mereka batuk, bersin atau bercakap. Jangkitan boleh berlaku jika titisan udara yang mengandungi virus disedut oleh orang lain. Selain daripada itu, virus boleh tersebar melalui air liur pesakit dan sentuahan pada lepuh kulit pesakit.